Hari pertama kita melihat alam fana ini,
wajah-wajah kesayangan sentiasa di sisi kita,
pejam celik, seyum ria, gundah gulana semuanya bersama mereka,
tapi itu ruang hidup pencerna untuk kita menyelusuri suatu ketetapan di luar sana,
Sahabat,
Ya,
Dialah yang akan menjadi perantara antara hubungan kita sesama insan di dunia,
Siapa dia, apakah baik keturunannya, berhartakah dia,
itu bukanlah persoalan yang perlu kita utarakan dalam mencari seorang sahabat,
Mungkin kita perlu siagakan wajadiri peribadi kita,
Biar kelengkapan untuk kita bertemu insan bernama sahabat,
Akan dipermudahkan olehnya,
Namun,
Harus kita kenang,
Jangan mudah kita alpa,
Usah terleka dimomok keegoan yang bertapa,
Dia mungkin mampu untuk memenuhi setiap keperluan diri kita,
Dia mungkin mampu untuk menjaga riak hati kita setiap masa,
Dia mungkin mampu untuk tidak menyakiti hati sanubari kita,
Dia mungkin mampu untuk mengorbankan kebahagiaan diri mereka untuk kita,
Tetapi,
Adakah kita perlu untuk memastikan setiap keperluan kita sentiasa dipenuhi olehnya,
Adakah kita perlu untuk memastikan hati kita sahaja yang perlu dijaga olehnya tanpa selami isi hatinya,
Adakah kita perlu untuk sentiasa menjadikan dirinya sebagai mangsa kepada emosi kita yang buta,
Adakah kita perlu untuk sentiasa membiarkan diri mereka hanya berkorban untuk senyuman kita,
Tersentuh hati ini,
Tatkala suatu masa terlintas di benak fikirku,
Sahabat,
Dia adalah manusia biasa,
Hanya mampu untuk merancang setiap kehendakknya,
Hanya mampu tersenyum untuk membahagiakan hati kita,
Hanya mampu mengalirkan air mata duka tatkala diri kita diulit lena,
Hanya mampu meluahkan isi hantinya pada yang maha esa,
Seorang sahabat akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk diri kita,
Mereka akan bersama tiap detik masa bersama kita,
Biar menggunung permasalahan di hati mereka,
Tetap senyuman yang dilontarkan untuk menghiburkan hati kita,
Kerna sahabat tidak akan biarkan perasaan kita terluka,
Tapi,
Kita tanya pada diri kita,
Siapakah kita dalam diri sahabat kita,
Apakah pengorbanan kita untuk sahabat kita,
Jujurkah kita dalam menjaga pertuturan dengan sahabat kita,
Mampukah kita menghiburkan hati mereka tatkala terhiris luka dek kerna perbuatan kita,
Namun,
Mereka tidak pernah meminta untuk itu semua,
Mereka akan sentiasa memegang amanah sebagai seorang sahabat,
Yang akan ada di sisi kita setiap masa,
Ingatlah,
Sahabat sejati,
Bukanlah yang selalunya hadir di depan kita,
Tapi,
Sahabat sejati,
Adalah,
Mereka yang sentiasa merindui kita dalam setiap bisikan doa kepada yang maha esa....

No comments:
Post a Comment