Saat aku mula
mengenal erti rindu,
Pelbagai yang
terpendam di hatiku kian terluah,
Tanpa ada
sekelumit yang tersisa daripadanya,
Aku mula rebah
tanpa ada sapaan yang melamar tiba.
Bayangan
wajahnya kian menemani tiap detik waktuku,
Turun naik
nafasku seolah-olah menurut rentak degupan jantungnya,
Lirikkan mataku
tidak terlepas dari kelibat gerak tubuhnya,
Bisikan sayunya
semakin hampir kurasakan dalam khayalku,
Aku mula terasa
seolah-olah pintu kamar hatiku diketuk olehnya,
Merisik khabar
duka yang mula menapak direlung jiwa ini,
Airmataku mula
bergenang tanpa ada yang mengundang,
Nadiku seakan
terhenti pada sapaan kucupan sayangnya,
Hati kecilku
berbisik pada sang naluri yang kian gundah,
Aku memohon
pada illahi yang maha mengetahui gerak hati ini,
Berikanlah
kekuatan pada hambamu yang lemah ini,
Agar perginya
dirinya dari diri ini ,
Akan bersua
pada insan yang mampu mendampingi dirinya,
Setiap masa dan ketika,
Kudoakan
diirimu,
Bahagia
disampingnya.

terbaik~
ReplyDeleteHrap ngku sihat2 ja. Jga diri & kesihatan.
ReplyDelete