Diriku,
tika tiupan roh yang telah dikurniakan olehnya,
menggunung harapan kedua ibu bapa kepadaku,
biarpun masih dikandung rahim insan kesayanganku,
tapi,
kata-kata yang kian diungkapkan dari telus bibirnya,
adalah doa yang mengharapkan diriku menjadi,
anaknya yang mampu menghargai setiap kurniaan ALLAH SWT,
yang terhampar luas di seluruh pelusuk alam ini,
dan ingatlah,
jangan sedikitpun diriku berpaling darinya,
kerana ketentuan untuk kita adalah telah dirancang rapi olehnya,
kenanglah,
setiap kekhilafan yang telah kita lakukan,
di bumi ALLAH SWT ini,
adalah perkara yang paling dimurkai olehnya,
bukan kerana didikan orang tua kita yang tiada berpaksi,
tetapi keegoan dan kelalaian diri kita,
yang hanyut dibawa kelekaan dunia semata-mata,
dan ingatlah,
hidup ini hanyalah sementara,
mungkin saat ini,
mungkin esok,
mungkin lusa,
dan bila-bila masa ia akan tiba,
ialah ajal yang tidak mengenal usia,
bermuhasabah lah kita semua,
bertaubatlah kerana ALLAH SWT,
dialah sebaik-baik pencipta dan pengampun hambanya.......
aminnn yaa rabbal 'alamin....

No comments:
Post a Comment