![]() |
| kami amat merindui mu AYAH...(kakak,ibu,adeq) |
Ayah...
tika asyik diriku menelaah helain nota peperiksaan,
hati sanubariku tidak pernah berganjak untuk melepaskan setiap bait-bait ilmu,
satu persatu ku amati begitu khusyuk,
kerana semuanya akan bermanfaat tika berhadapan hari peperiksaan kelak,
selang beberapa detik kuteguk air memenuhi hasrat kehausan yang bertandang,
lega terasa bila hadirnya mampu menyegarkanku kembali,
Ayah,
detik waktu kian berlalu,
kurenung seketika jam ditanganku,
jarum utama ke arah angka dua,
minit yang berlalu sudah lima belas,
tiada langsung rasa mengantuk di mata ini,
kerana peperiksaan yang akan kutempuh bakal mencorak masa depanku,
Ayah,
jantungku mula berdebar tatkala telefon bimbitku berdering,
hatiku mula terganggu kerana lesapnya tumpuanku,
kucapai lalu mataku melihat ke arah nama yang membuat panggilan kepadaku,
"my sis" itulah nama kakak ku simpan untuk memudahkan carian,
hatiku mula kacau kerana panggilan yang tidak pernah kuterima dari sanak saudaraku lewat malam begini,
dengan bersahaja aku memberi salam pembuka perbualan,
suara yang menyahut salam itu,
membuatkanku makin resah,
selitan tangis yang mula reda dilontarkan kakak ku,
"ADEQ, AYAH SUDAH TIADA"
dengan perasaan yang bercampur baur terusku menengkingnya,
jangan bermain dengan soal kematian jawabku penuh keras,
aku mula goyah dan tidak tentu arah,
apa yang telah kubaca hilang racau entah ke mana,
Ayah,
Ternyata ALLAH amat menyayangi dirimu,
setiap ketentuan tiada yang mampu menghalang,
mengapa terlalu awal dirimu pergi,
belum satu pun pengorbananmu ku mampu balas,
dulu dirimu pernah menuturkan kata-kata yang membakar semangatku,
"ADEQ..NANTI KALAU ADEQ DAH KERJA BOLEHLAH BAWA AYAH PERGI KUALA LUMPR,"
tidak pernah sesaat pun ungkapan itu berlalu dari kotak fikiranku,
tapi sekarang ini,
semuanya telah tergantung tak bertali,
harapanmu ayah membuatku kian mengalirkan airmata kasih untuk kesekian kalinya,
teramat merindui dirimu ayah.
Ayah,
terasa baru semalam dirimu menghulurkan sedikit wang untuk belanjaku,
bibirmu ku amati,
riak wajahmu penuh sarat harapan menggunung,
jauh di sudut hatimu ingin melihatku berjaya,
"ADEQ, HANYA INI YANG AYAH ADA UNTUK ADEQ BUAT BELANJA KALI INI...INSYAALLAH ADA REZEKI LEBIH,AYAH KIRIMKAN UNTUK ADEQ,"
Kuntuman senyum dari wajahmu memberi seribu inspirasi kepadaku,
bukan wang ringgit yang kuinginkan,
hanya seyuman gembira yang terukir indah di wajahmu ayah,
aku berdoa agar usiamu dipanjangkan,
namun aturan ilahi lebih rapi dan tiada cacat celanya,
Ayah,
kini anakmu mula melangkah ke menara gading impianmu,
tapi airmata ini mengalir tanpa kusedari,
hatiku sebak tidak mampu menahan genangannya,
wajah suci mu terlalu dekat dihatiku,
setiap gerak langkah hatiku,
pasti dirimu menemani setiap saatku,
engkaulah insan yang tak akan pernah pudar dalam diri anak mu ini,
Ayah,
Kini hanya pusaramu menjadi kunjunganku ku memastikan dirimu,
sentiasa merasakan kehadiran diriku menemanimu ayah,
diri ini amat merindukan wajah ceriamu ayah,
hanya doa mampu kupanjatkan ke hadrat ilahi,
semoga dirimu sentiasa aman dan tenang di sana,
terlalu merindui dirimu AYAHKU....
SAYA SAYANG AYAH......
SAYA RINDU AYAH.....
SEMOGA AYAH TENANG DI SANA....
AYAH LAH INSAN TERBAIK DI DALAM HIDUPKU.......

InsyaAllah , banyakkan berdoa eh semoga arwah ayah tenang disana insyaAllah aminnnn :) Mesti KUAT !
ReplyDeletesyukran ustazah... :)
ReplyDelete