Sunday, May 27, 2012

Rintihan masa silam


Perjalanan berliku telah kutempuh,
jatuh tersungkur kubangkit sendiri,
ranjau berliku kutabah menempuhnya,
hingga diriku lemah tiada berdaya,
sesak nafasku meruntun bernada,
celik pejamku melurut sapaanya.

Dulu daku akui aku bukan siapa-siapa,
ceteknya ilmu yang bertapak di dada suatu ketika,
darjat dan pangkat jauh di sudut sana,
harta menggunung tak pernah ku sua,
hanya sisa tulus pemberian kuterima seadanya,
kerana rezeki darinya hanya untuk yang berusaha menongkahnya,

Tika detik masa berputar roda bersama rentaknya,
terlalu banyak yang perlu merata untuk dicerna,
hingga diriku diam ternoktah tidak bernada,
menggenggam azam utuk kesekian kalinya,
dengan iringan doa murni ayah dan bonda,
diriku  beranjak tabah menelusuri semua bersama rintihan masa silam.


No comments:

Post a Comment