Wednesday, October 16, 2013

~ usah dimengerti olehmu ~


Merenung sejenak kenangan lampau bahagiaku,
Pelbagai coretan ria yang terlakar satu persatu,
Daku tersenyum sendiri akan manisnya memori itu,
Kerana itulah pengubat lara di jiwa kala duka bertamu,
 
Tika dirimu disapa kemurungan yang menerpa,
Aku berusaha meleraikannya dengan kasih yang tercipta,
Biar kita bukan dari dua orang tua yang sama,
Namun tetap dibenak fikirku ukhuwwah fillah itu yang utama,
 
Saban hari kita bersama dalam rentak hidup aturannya,
Dikala daku rebah kau hulur tanganmu sudi menyambutku,
Suatu ketika airmatamu mengalir tanpa kutahu akan hadirnya,
Aku cuba hadirkan kegembiraan pada riak wajahku untuk suburkan keceriaanmu,
 
Begitulah langkahan kita dalam membina sebuah ikatan persahabatan yang indah,
Ada saat kita perlu sentiasa bersama tanpa perlu hadir dalam setiap masa,
Aku mengerti akan semua yang kualami tanpa tolehan sapa darimu ,
Tapi tekadku tidak akan hambar untuk sentiasa memohon doa untuk kesejahteraan dirimu,
 
Kini aku mula berfikir akan rekayasa kehidupan sementara di alam fana ini,
Kerana benih-benih ukhuwwah persahabatan perlu dibajai dengan ketulusan dan keikhlasan hati,
Pasti disana nanti sahabat sejati akan hadir tanpa perlu kita mencari akan bayangnya,
Kerna aku yakin pada Maha pencipta yang maha esa,
Usah dimengerti olehmu akan semua ini,
Hanya satu pinta terakhir dariku untu tautan mahabbah ini,
Ingati daku dalam setiap bisikkan doamu.


~ pergi ~



 
Saat aku mula mengenal erti rindu,
Pelbagai yang terpendam di hatiku kian terluah,
Tanpa ada sekelumit yang tersisa daripadanya,
Aku mula rebah tanpa ada sapaan yang melamar tiba.
 
Bayangan wajahnya kian menemani tiap detik waktuku,
Turun naik nafasku seolah-olah menurut rentak degupan jantungnya,
Lirikkan mataku tidak terlepas dari kelibat gerak tubuhnya,
Bisikan sayunya semakin hampir kurasakan dalam khayalku,
 
Aku mula terasa seolah-olah pintu kamar hatiku diketuk olehnya,
Merisik khabar duka yang mula menapak direlung jiwa ini,
Airmataku mula bergenang  tanpa ada yang mengundang,
Nadiku seakan terhenti pada sapaan kucupan sayangnya,
 
Hati kecilku berbisik pada sang naluri yang kian gundah,
Aku memohon pada illahi yang maha mengetahui gerak hati ini,
Berikanlah kekuatan pada hambamu yang lemah ini,
Agar perginya dirinya dari diri ini ,
Akan bersua pada insan yang mampu mendampingi dirinya,
Setiap  masa dan ketika,
Kudoakan diirimu,
Bahagia disampingnya.