Monday, July 30, 2012

~Bertaubatlah kerana ALLAH SWT ~


Diriku,

tika tiupan roh yang telah dikurniakan olehnya,

menggunung harapan kedua ibu bapa kepadaku,

biarpun masih dikandung rahim insan kesayanganku,

tapi,

kata-kata yang kian diungkapkan dari telus bibirnya,

adalah doa yang mengharapkan diriku menjadi,

anaknya yang mampu menghargai setiap kurniaan ALLAH SWT,

yang terhampar luas di seluruh pelusuk alam ini,

dan ingatlah,

jangan sedikitpun diriku berpaling darinya,

kerana ketentuan untuk kita adalah telah dirancang rapi olehnya,

kenanglah,

setiap kekhilafan yang telah kita lakukan,

di bumi ALLAH SWT ini,

adalah perkara yang paling dimurkai olehnya,

bukan kerana didikan orang tua kita yang tiada berpaksi,

tetapi keegoan dan kelalaian diri kita,

yang hanyut dibawa kelekaan dunia semata-mata,

dan ingatlah,

hidup ini hanyalah sementara,

mungkin saat ini,

mungkin esok,

mungkin lusa,

dan bila-bila masa ia akan tiba,

ialah ajal yang tidak mengenal usia,

bermuhasabah lah kita semua,

bertaubatlah kerana ALLAH SWT,

dialah sebaik-baik pencipta dan pengampun hambanya.......

aminnn yaa rabbal 'alamin....

Saturday, July 14, 2012

~kasih ilahi~


mentari pagi muncul menerangi alam,

begitu sinarnya memberi cahaya benderang untuk semua,

memudahkan untuk melaksanakan tuntutan rutin,

untuk setiap insan,

jua buat diriku,

rentak alunan kicauan burung yang berlagu riang,

memahat ukiran kegembiraan yang terhampar di dada langit nan luas,

lalu menjemput diriku untuk turut bersama dengannya,


tatkala seisi alam fana bertasbih memuji KEESAANNYA,

diri ini terasa begitu kerdil dan tiada terdaya,

kurniaan yang begitu berharga buat diri ini,

mampu melihat keindahan alam ciptaannya,

pendengaran yang tajam ini mampu mendengar setiap bait-bait bayu yang tampak fatamorgana,

ayunan tangan dan langkahan kaki ini ku manfaatkan untuk amalkan setiap suruhan darinya,

kepetahan berbicara yang diberikan ku titipkan bisikan dakwah RASULLULLAH yang tercinta,

akal fikir yang tiada banding nilainya ku lontarkan untuk memuji setiap ketentuan qada' dan qadarnya,


kini,

harus diriku ketahui,

setiap kurniaannya perlu ada penghargaannya,

bukan hanya untuk menerima sedemikian rupa,

kerana kehadiran kita,

adalah untuk beribadah kepadanya,

memujinya setiap masa dengan zikir indah dalam ertinya,

tanda keagungan sang pencipta yang tiada lainnya,

kerana,

kasih ilahi,

tulus dan tiada bertepi............ 




Tuesday, July 10, 2012

~warda~


warda,
tatkala sendu menangis hiba,
dia hadir menghitung lara,
pabila alunan tiada menyapa,
dia menghibur rentak ria,

warda,
tiada kata semanis pujangga,
tiada terjangkau di mata tinta,
untuk mentafsir ukir senyumnya,
yang sarat kasih di dahan cinta,

warda,
bila merisik bisikan suaranya,
hati luluh berlagu rasa,
merayu ingin seiring bersua,
kerana dirinya begitu sempurna.