Thursday, May 31, 2012

coretan rindu buatmu kasih



Kasih,

Tika sapaan bayu terasa lembut membelai malam,

sinar rembulan yang hadir menusuk ruang kamar,

 membangkitkan suatu rasa yang tenang dihati ini,

mengusap luluh cinta kasih diulit  madu,

meresap ke seluruh urat rinduku,

yang semakin menggunung menggapai awan.


kasih,

lakaran tinta mencorak bahagia,

iringan eroni masa saat berdua,

indah terasa durasinya yang mekar melata,

senyuman ria terukir tiada berduka,

siaga bertakhta dalam sanubari maya,

mengundang suatu rasa sarat cebisan ceria,


kasih, 

airmata hiba ku biarkan mengalir dialurnya,

setiap degupan nada ku ikuti rentaknya,

tatkala mata bersua menatap raut wajahnya,

diriku terkunci dalam bayangan katupan manja,

membisikkan pada bait-bait kata penuh bernada,

untuk kutitipkan coretan rindu buatmu kasih......









Sunday, May 27, 2012

Ayah...TERAMAT MERINDUIMU...

kami amat merindui mu AYAH...(kakak,ibu,adeq)

Ayah...

tika asyik diriku menelaah helain nota peperiksaan,

hati sanubariku tidak pernah berganjak untuk melepaskan setiap bait-bait ilmu,

satu persatu ku amati begitu khusyuk,

kerana semuanya akan bermanfaat tika berhadapan hari peperiksaan kelak,

selang beberapa detik kuteguk air memenuhi hasrat kehausan yang bertandang,

lega terasa bila hadirnya mampu menyegarkanku kembali,


Ayah,

detik waktu kian berlalu,

kurenung seketika jam ditanganku,

jarum utama ke arah angka dua,

minit yang berlalu sudah lima belas,

tiada langsung rasa mengantuk di mata ini,

kerana peperiksaan yang akan kutempuh bakal mencorak masa depanku,



Ayah,

jantungku mula berdebar tatkala telefon bimbitku berdering,

hatiku mula terganggu kerana lesapnya tumpuanku,

kucapai lalu mataku melihat ke arah nama yang membuat panggilan kepadaku,

"my sis" itulah nama kakak ku simpan untuk memudahkan carian,

hatiku mula kacau kerana panggilan yang tidak pernah kuterima dari sanak saudaraku lewat malam begini,

dengan bersahaja aku memberi salam pembuka perbualan,

suara yang menyahut salam itu,

membuatkanku makin resah,

selitan tangis yang mula reda dilontarkan kakak ku,

"ADEQ, AYAH SUDAH TIADA"

dengan perasaan yang bercampur baur terusku menengkingnya,

jangan bermain dengan soal kematian jawabku penuh keras,

aku mula goyah dan tidak tentu arah,

apa yang telah kubaca hilang racau entah ke mana,


Ayah,

Ternyata ALLAH amat menyayangi dirimu,

setiap ketentuan tiada yang mampu menghalang,

mengapa terlalu awal dirimu pergi,

belum satu pun pengorbananmu ku mampu balas,

dulu dirimu pernah menuturkan kata-kata yang membakar semangatku,

"ADEQ..NANTI KALAU ADEQ DAH KERJA BOLEHLAH BAWA AYAH PERGI KUALA LUMPR,"

tidak pernah sesaat pun ungkapan itu berlalu dari kotak fikiranku,

tapi sekarang ini,

semuanya telah tergantung tak bertali,

harapanmu ayah membuatku kian mengalirkan airmata kasih untuk kesekian kalinya,

teramat merindui dirimu ayah.


Ayah,

terasa baru semalam dirimu menghulurkan sedikit wang untuk belanjaku,

bibirmu ku amati,

riak wajahmu penuh sarat harapan menggunung,

jauh di sudut hatimu ingin melihatku berjaya,

"ADEQ, HANYA INI YANG AYAH ADA UNTUK ADEQ BUAT BELANJA KALI INI...INSYAALLAH ADA REZEKI LEBIH,AYAH KIRIMKAN UNTUK ADEQ,"

Kuntuman senyum dari wajahmu memberi seribu inspirasi kepadaku,

bukan wang ringgit yang kuinginkan,

hanya seyuman gembira yang terukir indah di wajahmu ayah,

aku berdoa agar usiamu dipanjangkan,

namun aturan ilahi lebih rapi dan tiada cacat celanya,



Ayah,

kini anakmu mula melangkah ke menara gading impianmu,

tapi airmata ini mengalir tanpa kusedari,

hatiku sebak tidak mampu menahan genangannya,

wajah suci mu terlalu dekat dihatiku,

setiap gerak langkah hatiku,

pasti dirimu menemani setiap saatku,

engkaulah insan yang tak akan pernah pudar dalam diri anak mu ini,



Ayah,

Kini hanya pusaramu menjadi kunjunganku ku memastikan dirimu,

sentiasa merasakan kehadiran diriku menemanimu ayah,

diri ini amat merindukan wajah ceriamu ayah,

hanya doa mampu kupanjatkan ke hadrat ilahi,

semoga dirimu sentiasa aman dan tenang di sana,

terlalu merindui dirimu AYAHKU....


SAYA SAYANG AYAH......

SAYA RINDU AYAH.....

SEMOGA AYAH TENANG DI SANA....

AYAH LAH INSAN TERBAIK DI DALAM HIDUPKU.......





KETIKA MEMBISIKKAN KALIMAH AGUNG DITELINGA ARWAH,
UNTUK MEMBERIKAN SEMANGAT AGAR ARWAH DAPAT SEMBUH,
BERCERITA TENTANG PENGALAMAN BELAJAR DI UNIVERSITI KELAK,
MENGINGAT KEMBALI SEGALA MEMORI BERSAMA SUATU KETIKA DAHULU,
SEMUA ITU SEOLAH-OLAH MENAIKKAN SEMANGAT ARWAH UNTUK SEDAR,
WALAUBAGAIMANAPUN,
HANYA LINANGAN AIR MATA YANG MAMPU ARWAH ZAHIRKAN,
TANGAN YANG MENGUSAP JARI-JEMARI ARWAH,
ARWAH CUBA UNTUK MENGGENGGAM KEMBALI,
NAMUN URAT-URAT TERASA LEMAH DAN TIDAK BERDAYA,
HANYA IRAMA MESIN BANTUAN PERNAFASAN MAMPU KEDENGARAN,
MATAKU LIGAT MEMERHATIKAN NAIK TURUN NYA BACAAN ANGKA YANG TERTERA,
SAMBUNGAN WAYAR YANG SEOLAH-OLAH MEMBUATKAN DIRIMU TIADA BERDAYA,
NAMUN AKU KUATKAN KAKIKU UNTUK MEMBACA,
BAIT-BAIT SURAH YAASIN DENGAN HARAPAN,
IANYA MAMPU MEMBERIKAN KETENANGAN PADA DIRIMU,
SEKALI LAGI AIR MATA MENGALIR DARI LOPAK MATA YANG BELUM MAMPU CELIK OLEHMU SAHABAT,
MEMBUATKAN DIRI INI SUDAH MULA GOYAH,
WALAUPUN HANYA BERGELAR RAKAN,
NAMUN TALI PERSAHABATAN YANG TERJALIN,
UKHUWWAH YANG TERBINA,
TIDAK MAMPU MELIHAT KEADAAN ARWAH,
YANG MERUPAKAN DULUNYA SEORANG YANG CERIA,BERGURAU SENDA,
DENGAN SEMUA YANG LENGKAP ALLAH TELAH PILIH UNTUK DIRIMU,
KINI DIKAU TELAH MENGHADAP ILAHI SANG PENCIPTA,
MEMBUATKAN AIR MATA INI,
KIAN BERGENANG TANPA HENTI-HENTI......
YA ALLAH....
NIPIS SUNGGUH IMAN HAMBAMU INI,
UNTUK MENERIMA HAKIKAT YANG TELAH KAU ATUR RAPI INI...
SEMOGA SAHABATKU BERADA DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN,
DI DALAM SYURGA FIRDAUSMU YA ALLAH,
SEGALA AMAL KEBAJIKAN YANG TELAH DIKAU LAKUKAN,
AKAN MENJADI PERISAI UNTUK DIRIMU SAHABAT,
AGAR TERHINDAR DARIPADA ANCAMAN DAN SIKSA KUBUR WAHAI SAHABATKU....
DIKAULAH SAHABATKU DUNIA AKHIRAT....
AAMIN YAA RABBAL 'ALAMIN...
~SAHRIN BIN SADRI~
 

Rintihan masa silam


Perjalanan berliku telah kutempuh,
jatuh tersungkur kubangkit sendiri,
ranjau berliku kutabah menempuhnya,
hingga diriku lemah tiada berdaya,
sesak nafasku meruntun bernada,
celik pejamku melurut sapaanya.

Dulu daku akui aku bukan siapa-siapa,
ceteknya ilmu yang bertapak di dada suatu ketika,
darjat dan pangkat jauh di sudut sana,
harta menggunung tak pernah ku sua,
hanya sisa tulus pemberian kuterima seadanya,
kerana rezeki darinya hanya untuk yang berusaha menongkahnya,

Tika detik masa berputar roda bersama rentaknya,
terlalu banyak yang perlu merata untuk dicerna,
hingga diriku diam ternoktah tidak bernada,
menggenggam azam utuk kesekian kalinya,
dengan iringan doa murni ayah dan bonda,
diriku  beranjak tabah menelusuri semua bersama rintihan masa silam.


Friday, May 25, 2012

Cetusan Rindu

 
Rindu....

Dikau hadir tatkala duka bertandang lara,
Airmata hiba mengalir tiada sapa,
Hadir menerjah peneman jiwa,
Mengubat sua berkalung ria,

Rindu,

Kehadiranmu menggamit seribu memori di benakku,
hingga diriku terapung di awangan syahdu,
membisik kemesraan silam suatu masa dulu,
hingga mengukir senyumku yang usang berkubu,

Rindu,

Sapaan bayu kini menyuntik kembali semangatku,
mengisi segala lopak-lopak layu hayatku,
melamar lembut helaan nafasku,
untuk dirimu bertandang bersama cetusan rindu...a
  



Wednesday, May 23, 2012

BENCINTA - faizal tahir


B- Bercinta tapi poket kosong........
 
E- Elak malu,pakai baju mcam anak orang kaye   lah kan.......
N- Niat nak bwe si die g mkan di hotel,TAPI kat warung PUAN NABEL.......
C- Cuba belek-belek buku menu cari mkanan yang SVE BDJET........
I - intai-intai WALLET takut-takut duit tak cukup.......
N- Nada lembut ckap,tak yah order byak kang tak hbs makan.......
T- Tengok kiri,kanan,dpan dan blakang,takut-takut awek yang ke 98 ade.......
A-alamak........

bercita masa sekolah????????


bercita masa sekolah????????

boleh ke.......?????
bercintakan biasanya,
antara orang dewasa sesama dewasa,
ada duit sendiri,
ada pekerjaan untuk masa depan,
ada rupa dan gaya yang menarik,

boleh ke...????
budak-budak sekolah bercinta,
dalam kelas tidur,
cikgu tanya suka merapu,
kerja sekolah hantar ke,
selalu kena hukum cikgu kan,

bolehke.....?????
mak ayah terima,
cinta anak mereka yang masih bersekolah,
mak ayah bayar pengajian,
mak ayah hantar ke sekolah,
mak ayah jemput dari sekolah
mak ayah bagi duit belanja,
semua mak ayah yang kena tanggung,
kalau bercinta masa bersekolah,
kekasih tu nak bagi makan ape,
nasik lemak sebungkus ke,
air sirap jual di kantin ke,
tak pun pergi koperasi beli gula-gula,
macam tu kan bercinta masa sekolah.....

bolehke......??????????
masa habis kelas,
kena jadi pengawal pintu,
tunggu kekasih masih mengemas buku,
lepas tu ambil penyapu,
dah penat tunggu,
konon-konon menyapu,
senyum tersipu-sipu,
tapi dalam hati meracau seperti kutu......

bolehke.......?????????
kalau bolehlahkan,
tinggalkan dulu perasaan tersebut,
biar kita tamatkan pengajian kita,
bercinta masa sekolah ni takde faedahnye,
tapi yang ade bertimbun masalahnya,
si dia merajuklah,
si dia cemburulah,
muka macam sesumpah,
kacak lagi tong sampah,
lebih baik pergi beribadah,
hilang semua masalah.......

cinta yang lebih baik ialah,
cintakan ibu ayah,
cintakan ahli usrah,
cintakan RASULLULLAH,
dan yang paling utama,
CINTAKAN ALLAH........

wassalam......nukilan_US~@d@_j@k90/09

bahagia.....


bahagia........
kini kau datang menyelinap,
ke seluruh saraf hidup ku,
membangkitkan kembali semangat jiwaku,
membakar api rindu yang marak di kalbuku........

bahagia........
setelah sekian lama ku berduka,
kini kau bertandang disisiku,
membelai segala keresahan ku,
menghalang segala hiba yang bersarang di benakku........

bahagia........
kehadiranmu tak kan ku lepaskan,
akan ku simpan jauh di lubuk sanubariku,
menjadi sebahagian penyeri hidup ku,
bersama orang yang amat bermakna dalam hidupku.......

terima kasih bahagia,
akan ku senantiasa,
mendoakan kehadiranmu........

LamaranDuka…



LamaranDuka…

Liku-liku hidup ini,
Lumrah bagiku sebagai seorang insan,
Tiada satu peristiwa pun,
Dapatku lempar jauh dari benakku,

Dulu pelbagai coretan menyapa kita,
Kita mesra tatkala bermanja,
Kita teman sepanjang masa,
Kita bersama tanpa sengketa,

Apabila rebah melanda duka,
Kita bangkit berdua,
Menelusuri lorong-lorong derita,
Tanpa beralas resah walau sedikit pun,

Namun kini goresannya kian pudar,
Dirimu terasa jauh dariku,
Senyum gembira rapuh di saat hiba,
Gurau senda tiada bernyawa,
Tanpa ada yang menyapa,
Untukku bertanya padanya,
Apakah diriku sudah menjadi sisa,
Setelah dirimu dikunjungi sinar bahagia,

Mungkinkah suratan takdir,
Termaktub untuk diriku,
Agar ketenangan itu hadir,
Menjadi bahagian dalam hidupku,
Sebagai suatu kekuatan,
Perisai pendorong kematangan,
Untuk terus menapak ke hadapan,
Bersama gurisan kenangan silam,
Tanpa ada lamaran duka.

sahabat


sahabat Very Happy
seorang sahabat adalah, Surprised
anugerah tuhan,
kemana dia pergi
kita akan mencari,
dari mana dia datang,
kita tak perlu mengetahui,
TETAPI
kemana dia menghilang,
kita pasti merindui....................... Crying or Very sad Crying or Very sad  


mengenali SAHABAT,
1 kebetulan,

mengingati SAHABAT,
1 kerinduan,

memahami SAHABAT,
1 kemesraan,

melupakan SAHABAT,
1 keresahan,

melepaskan SAHABAT,
1 kesukaran,

bersama SAHABAT,
1 kenangan,

bergurau dengan SAHABAT,
1 kebahagiaan,


menyakiti hati SAHABAT,
cubaku elakkan,

cuma satu pintaku SAHABAT,

BIARLAH PERHUBUNGAN INI KEKAL BERPANJANGAN.......
amin............. Crying or Very sad Crying or Very sad