Monday, May 29, 2017

~ KUAT untuk DIRI dan KELURGA ~


Sumber kekuatan diri yang utama adalah dengan kebergantungan kepada ALLAH SWT. 
ALLAH SWT telah berfirman di dalam Al Quran Redha ALLAH SWT terletak pada Redha Kedua Ibu Bapa. 

Di mana jua keberadaan kita di muka bumi ALLAH SWT ini, carilah redha ibu bapa yang paling utama untuk diri kita sebagai anak iaitu REDHA ibu bapa.


Monday, November 14, 2016

~ Perlunya Mencari KEMATANGAN untuk terus Menggapai KEJAYAAN DIRI ~


Setiap daripada kita mempunyai kisah silam yang tersendiri. Ada kalanya boleh kita kongsikan bersama sebagai pedoman. Namun apa yang paling utama adalah kita perlu memastikan apa sahaja yang kita kongsikan hendaklah perkara yang tidak akan mengaibkan kita sendiri di lain hari.

Pahit mana pun yang kita lalui dalam kehidupan seharian kita, ingtlah bahawa hanya kita sahaja yang mengetahui keperitan tersebut. Hanya kita sahaja yang akan merasakan setiap yang berlaku dalam detik-detik yang kita lalui. 

matang itu yang perlu kita cari untuk menjadi peneman dalam kehidupan kita semua. moga Allah permudahkan setiap urusan kita di dunia dan juga di akhirat kelak. inshaaALLAH. 

Wednesday, April 27, 2016

~ Pasrah bukan mengalah ~


Hidup ini satu hamparan ceritera kehidupan yang telah lengkap plotnya, 
Watak-watak hanya perlu memahami dan menjiwai setiap daripada bait-bait skripnya, 
Kadang kala akan menjadi antagonis bila tiada kesesuaian pada zahirnya prontagonis, 

Seperti yang ada pada watak-watak juga, 
Ianya bukan untuk selamanya, 
Namun kesan perlakuannya akan terpalit sampai menutup mata, 
Bukan kerna kejahatannya, 
Jua bukan pada lahir baiknya, 
Ianya sudah tertulis pada lakaran loh mahfuz, 

Apa yang pasti pada diri kita, 
Jatuh bangun itu sudah semestinya, 
Kritikan itu juga jadikan perisai kematangan jiwa,  
Usah biar ego bertapak kian lama, 
Kerna kita mampu untuk mendepaninya, 
Pasrah bukan mengalah. 

Sunday, March 8, 2015

~ Redha Allah perlu digapai, jangan rebah pada redha makhluk ~


بسم الله الرحمن الرحيم 

Lumrah dalam kehidupan akan ada pasang surut. Permasalahan merupakan resepi utama dalam menerbitkan sebuah hasil yang terbaik. Tambahan apabila ianya disulam dengan benang keikhlasan bak sutera yang akan memancarkan kilauan bukan sahaja di luaran malahan dari dalam tenunan yang halus dan rapi.

Bicara pada ketabahan amat mudah. Namun melangkah bersamanya bukan seperti mengukirkan sebuah senyuman dari sanubari yang sudah tersimpul pada ikatan kasih sayang kerana Illahi.

Hati yang suci tidak akan mudah dinodai dengan hasad dan dengki. Namun, Hasad dan dengki tidak akan pernah merasa jemu dalam mencuit hati untuk meracuni tiap bait-bait saluran pada hati.

Ingatlah insan yang punya hati. Allah merupakan tempat meluahkan segalanya. Kerana Allah maha kuasa lagi maha mengetahui akan setiap aturan di bawah pentadbiran, pemerintahan dan kekuasaannya.

Redha Allah untuk kita gapai, redha makhluk tiada diketepikan.

- aeroluntuksemua -

Saturday, August 30, 2014


Sahabat, Bila sebut sahaja tentang perkataan tersebut, secara majoritinya kita akan merujuk kepada seseorang yang selalu bersama dengan kita setiap masa, setiap hari malahan setiap tempat yang kita akan kunjungi. Dalam pada itu juga kita akan melafazkan kepada sesiapa yang bertanya akan makna perkataan tersebut, tidak akan lari daripada melibatkan seseorang yang kian hari bersama dalam kehidupan seharian kita. Namun demikian, pernahkah kita terfikir akan sekiranya dalam suatu masa kita hanya keseorangan tanpa ada sesiapa disisi kita malahan ahli keluarga kita pun ada masa tertentu sahaja akan dapat meluangkan masa bersama kita. Akankah situasi seperti ini akan terjadi dalam kehidupan kita. Sudah tentu kita akan merasakan sesuatu yang begitu tragis dalam jiwa kita sekiranya ia berlaku kepada kita. Tetapi, bagi kita yang memiliki semuanya, perkara tersebut begitu payah untuk kita terbitkan dalam kotak fikiran kita. Apa yang kita selalu zahirkan adalah, airmata yang kita alirkan ketika menonton lakon layar pelakon-pelakon tanah air dan luar Negara yang hanya berpandukan kepada skrip penceritaan yang telah disediakan. Samada plot ceritanya sedih yang akan membuat kita menangis, lucu yang akan mengukir senyuman diwajah kita, Cuma sedikit sebanyak yang membuatkan kita terfikir bagaimana sekiranya perkara tersebut adalah realiti dan bukan fantasi dalam diri dan kehidupan kita semua. Sama-sama kita renung dan muhasabah diri kita.
Situasi orang yang bersahabat adalah suatu hubungan yang telah terjalin hasil daripada terbitnya rasa ingin mengenali seseorang yang berada disekeliling kita. Samada rakan-rakan di sekolah, jiran tetangga, orang-orang kampung, rakan sekerja mahupun sesiapa sahaja yang kita inginkan  untuk menjadi teman kita berkongsi cerita, buah fikir ataupun pengalaman masing-masing. Namun demikian, bukan begitu mudah ianya akan terbentuk menjadi satu hubungan ukhuwwah yang mesra. Perkara tersebut perlu diselitkan dengan elemen-elemen yang akan menjadikan kita saling memiliki perasaan saling mengasihi, menghormati dan saling bersandarkan dengan matlamat untuk membentuk persahabatan kerana ingin mencari keredhaan daripada Allah SWT. Apabila kita ketengahkan perkara ini. Persoalan pertama akan ditimbulkan adalah berkaitan dengan seseorang yang mencari sahabat demi untuk kepentingan dirinya sendiri ataupun bahasa kasarnya ingin mengambil kesempatan atas kesenangan kenalannya semata-mata. Tetapi, pada pandangan orang yang memiliki tahap pemikiran yang berlandaskan pegangan syarak, perkara ini akan mampu ditepis dengan mudah dan akan menemui suatu ruang pembentukan ukhuwwah fillah yang akan dipermudahkan oleh Allah SWT dengan izinnya yang akan pastinya diselitkan dengan ujian yang akan dilalui oleh hambanya dengan tujuan bagi menilai tahap ketaqwaan dan keimanan hambanya.
Sejarah Kekasih ALLAH SWT, utusan untuk seluruh umat manusia turut melakarkan bagaimana baginda diiringi sahabat-sahabat yang sentiasa taat pada perintah ALLAH SWT, dan juga sentiasa patuh dalam arahan yang telah diputuskan oleh baginda dalam setiap majlis syura yang menjadi suatu medium untuk mencapai kata sepakat dalam membincangkan sesuatu perkara. Antara sahabat baginda yang sentiasa bersama baginda ialah saidina Abu Bakar As-Siddiq. Disamping sahabat-sahabat baginda lain yang sentiasa bersama dalam mengembangkan agama yang terulung untuk ummat sepanjang zaman iaitu agama islam. Dalam pada itu juga, dalam setiap geraklaku yang diatur rapi oleh baginda, sahabat-sahabat baginda akan sentiasa peka dalam setiap arahan tersebut bagi memastikan setiap objektif dalam perancangan yang telah disusun sebaiknya akan dapat dicapai. Perkara ini memperlihatkan kepada kita betapa besarnya pengertian sahabat ketika zaman baginda jika ingin dibandingkan dengan zaman yang kita lalui kini. Namun, terdapat sesetengah masyarakat menyatakan bahawa, kita tidak boleh membezakan zaman sahabat dengan zaman kita sekarang ini. Zaman para sahabat masyarakatnya memiliki semangat juang yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Terbentuknya sebuah organisasi yang utuh adalah hasil daripada hubungan sahabat sesama mereka yang saling mempercayai sesama sendiri dan tiada pernah pilih berbelah bagi malahan sentiasa menghormati pendapat atau pendangan antara satu sama lain. Apabila kita mendengar penjelasan tersebut, adakah kita akan mengiyakannya atau kita akan menepisnya dengan kesungguhan bahawa semangat itu boleh dibentuk andai kita sesama insan sentiasa menjalankan setiap perintah ALLAH SWT dengan hati yang tulus dan ikhlas tanpa ada unsur ke arah bangga diri, sombong dan ‘ujub semata-mata. Perlu kita ingat bahawa setiap perlakuan kita dalam menjalinkan hubungan baik semasa bersahabat adalah suatu fitrah manusia untuk sentiasa mendampingi antara satu sama lain kerana semuanya adalah bersandar kepada mencapai keredhaan dan keberkatan dalam amalan kita disisi ALLAH SWT.



Sunday, May 4, 2014

HAKIKAT RINDU



Rindu itu bukan satu,

Rindu itu bukan beribu,

Rindu itu bukan kaku,

Rindu itu tak pernah jemu,

Saya rindu awak,

Adakah awak merindui saya ?

Bila satu bulu mata gugur ke pipi,

Awak sedang merindui seseorang,

Andai dirimu rindu,

Bisiklah pada bayu untuk disampaikan pada dirinya,

Mengapa hari ini perasaanku begitu resah,

Dirimu tentu merindukan seseorang,

Rindu itu tidak akan pernah ingin berpisah daripada kita,

Tiada hadinrnya tiadalah hadir si dia penawar duka.

Sunday, November 17, 2013

~ dia membuatku tersenyum ~


Tatkala hati tercalar diguris kenangan silam yang pahit dan kelam,
Airmata duka kian mengalir menemani saat hiba diri ini,
Namun kini semuanya telah berubah dalam sekelip mata,
Cahaya samar kebahagian mula terpanar dalam sinar hidupku, 

Diriku terasa kian hari mengecapi kebahagian,
Detik-detik waktuku terhibur pada bait-bait tutur katanya,
Kerdipan matanya mula memanah pada sentuhan hati ini,
Tercipta satu mahligai indah berpinar cahaya disekelilingku,

Aku merasakan hidup ini penuh bermakna untuk sisa hari-hariku,
Hadirnya dia membuka lembaran baru dalam catitan diari hayatku,
Terima kasih kerana telah membuatku kembali tersenyum untuk kesekian kalinya, 
Ku amat menghargainya dalam tiap lembaran ungkapan doa dariku untukmu.